Thursday, November 12, 2009

Cinta Amir & Amira: Plot 4


Plot 4

Suatu hari aku memberanikan diri untuk menelefon Amira.


“Asaalamualaikum Mira.”

“Waalaikumussalam….kenapa ni Mir?”

“Saja je call Mira. Mira sihat?”

“Sihat.” balas Amira sepatah.

“Mira, boleh tak Mir tanya sesuatu?”

“Sesuatu? Apa dia?”

“Hari tu Mir ada nampak Mira dengan seorang lelaki kat Amcorp Mall. Siapa mamat tu?” soal ku.

“Amcorp Mall…ye ke? Err..Mira dengan kawan kot. Cemburu ke?”

“Tak la…Cuma nak kepastian je. Mana tau Cik Mira ni dah berpunya.”

Namun kata- kata Amira terhenti di situ, Amira langsung tidak bersuara. Senyap seribu bahasa.

“Hello Mira!”

“Mira ada sini. Mir, nanti Mira call semula. Ada kerja sikit la.”

“Errmm…ok lah. Nanti kita jumpa ye.”

“Insyallah. Bye.” Amira mengakhiri perbualan tersebut.

Mengapa sejak kebelakangan ini Amira sering mengelak untuk berbual dengan ku. Aku dapat merasakan perubahan pada diri Amira.

Aku malas nak bertanya lebih lanjut, mungkin nanti akan membuatkan Amira tidak senang dengan persoalan- persoalan yang bakal ditanya oleh ku.

Aku telah mengambil cuti dua hari untuk menghantar kedua ibu bapa ku ke lapangan terbang untuk menunaikan ibadah umrah. Nampaknya aku tinggal seorang diri untuk tempoh 3 minggu.


“Lama Mama tak jumpa Mira.” Mama bersuara.

“Mira sibuk la Mama, banyak kerja agaknya.” balas ku.

Sedangkan aku langsung tidak memaklumkan pada Amira yang kedua ibu bapaku ingin menunaikan umrah. Aku malas nak mengganggu Amira. Biarlah dia mencari ketenangan tanpa sebarang gangguan.

Setelah Mama dan Daddy berangkat, aku pun pulang. Jam di tangan menunjukkan jam 9.55 malam.

Apa la aku nak buat ni. Rasa menyesal pulak ambik cuti sampai dua hari. Sapa la yang bakal menjadi mangsa aku ni.

Tanpa melengahkan masa aku berhentikan keretaku di tepi jalan dan aku capai telefon bimbit dan mendail nombor Kak Ita.

“Jom pi karaoke!” sergahku tatkala Kak Ita menjawab panggilan ku.

“Karaoke? Gila apa kau ni! Dah pukul 10 malam ni.”

“Alah, awal lagi ni. Kita pegi Red Box kat The Garden nak? Nanti aku ajak Bidin dengan Leo sekali.”

“Ermm…suka hati kau la Mir. Aku ikutkan je, kalau tak ikut karang merajuk pulak!”

“Hahaha. Thanks Kak Ita!”

Aku terus mendail nombor Bidin dan Leo untuk mengajak mereka turut serta berkaraoke malam ini.


Akhirnya kami semua berjumpa di Red Box The Garden. Seronok sangat dapat berkaraoke sampai jam 3 pagi. Walaupun suara dah serak dan hampir- hampir hilang suara, namun kami berempat tetap teruskan aktiviti karaoke ni.

Aku seronok sekali malam ni dapat luangkan masa bersama rakan- rakan baik ku. Nasib baik esok aku cuti. Boleh la membuta sampai ke tengahari.

Tapi kesian pulak kat Kak Ita, Bidin dan Leo. Dah la esok kerja, tidur lewat pulak. Tapi aku dah nasihatkan mereka supaya ambil MC je esok pagi.

Hari ni aku bangun tidur jam 2 petang. Ni kalau Mama ada mesti kena dengar syarahan. Ngantuk yang amat. Pukul 5 pagi baru mata ni nak lelap.

Lepas bangun, pi bersihkan diri….lepas tu keluar jap cari makan. Lapar la pulak. Tapi tekak ni nak makan Quarter Pounder MC Donalds la. Ok jugak tu.


Tengah beratur nak buat pesanan, aku dapat satu mesej.

“Jom keluar lunch. Mira bosan la.” mesej dari Amira.

Aku apa lagi, berundur tiga tapak kebelakang…cabutttttttttt!! Nasib baik belum order lagi. Kalau tidak aku lunch Quarter Pounder dengan Amira kat Restoran Sri Melaka la jawabnya.

Setelah sampai di Restoran Sri Melaka…

“Mana Mira ni?” getus hatiku.

Tu pun dia. Aku Nampak Amira melambai- lambaikan tangan.

Ramai sangat orang lunch kat Restoran Sri Melaka ni. Sesak sangat sampai aku naik rimas dibuatnya.

Sampai je kat meja, aku terus order Nasi Goreng Nyonya dan Jus Oren. Dah lapar sangat ni. Kalau lambat order, lambat la dapat makanannya.

“Mir tak kerja ke hari ini? Kenapa pakai t-shirt dengan seluar pendek je?” soal Amira.

“Tak, saya ambil cuti hari ini. Semalam hantar Mama dan Daddy ke airport. Buat umrah” balas ku.

“Buat umrah! Sampai hati Mir tak bagi tahu Mira. Tak dapat nak hantar uncle dan aunty pi airport.”

“Mira kan sibuk memanjang. Mana sempat nak hantar sekali.” Aku cuba protes. Malas aku nak berkelahi pasal benda yang remeh- temeh ni.

Amira hanya membisu tanpa sebarang kata. Hanya muka masam yang ditunjukkan.

“Ok, I’m so sorry Mira.” Aku cuba memujuk Amira.

“Takpe la Mir, Mira tak kisah pun. Siapa la Mira ni.”

“Dah la tu, jom kita makan. Dah sejuk nanti tak sedap pulak.

Pertemuan kami di Restoran Seri Melaka berakhir dengan suasana yang agak suram. Mungkin Amira terasa dengan kata- kata ku. Tapi itu lah kenyataanya. Acapkali aku telefon, pasti alasan sibuk menjadi subjek utama.

Sebenarnya dari dulu aku ingin meluahkan perasaan ku pada Amira. Tapi kerap kali tidak kesampaian. Mulut ku seolah- olah terkunci rapat apabila ingin meluahkan hal tersebut.

Mungkin benar kata orang- orang lama, perasaan cinta itu akan datang dengan sendirinya tanpa diundang.

bersambung....

1 comment:

  1. hmm...
    dari sini sah-sah dh tau Amira ada ORANG LAIN...
    ko mmg mempopularkan benda2 yg ko selalu buat & makan ke?
    ada Karaoke, ada Quater Ponder McD, ada Restoran Sri Melaka, Nasi Grg Nyonya tu pun ada..
    hehe...

    -cik su-

    ReplyDelete