Friday, November 20, 2009

Cinta Amir & Amira: Plot 5

Plot 5

3 minggu kemudian…

Hari ini Mama dan Daddy akan pulang dari menunaikan umrah. Aku rindu sangat Mama dan Daddy. Ketiadaan mereka membuatkan rumah ini menjadi sunyi dan sepi sekali. Kadang- kadang rasa seronok melihat keletah Mama dan Daddy bergurau senda. Aku cukup terhibur.

Aku menghubungi Amira untuk mempelawanya sekali menjemput Mama dan Daddy di KLIA. Kalau tak ajak nanti, tarik muka lagi. Lecehnye kalau perempuan yang kuat merajuk ni. Tak reti aku nak memujuk.


Sampai saja di KLIA, aku berlari mendapatkan Mama dan Daddy. Ku peluk dan ku cium sepuas- puasnya.

“Rindu sangat kat Ma dan Daddy!” aku melepaskan rindu.

“Tu la kamu ni, Mama dah ajak ikut sekali. Tapi tak nak pegi!”

“Belum sampai seru lagi la Ma.” balas ku.

“Mira pun ada sekali.” Mama menyapa Amira.

“Saya aunty. Amir ajak sekali jemput aunty dan uncle. Lagi pun hari tu tak dapat hantar pi airport.”

“La… Amir tak bagi tau kamu yang kami buat Umrah?” soal Mama.

“Dah la tu Ma, mesti penatkan. Lagi pun Mama, kalau kita pi buat ibadah…tak perlu bagi tau satu kampung! Betul tak Daddy?” aku mencelah perbualan Mama dan Amira.

“Betul tu!” Daddy menyokong ku.

Selepas mengambil semua bagasi, kami terus pulang menuju ke rumah.

Di rumah…

“Mama lapar la.” sambil memegang perutnya.

“Siannya dia, ni Mir dah masak tadi. Tunggu kejap, Mir pi panaskan lauk. Sebentar lagi kita makan sama- sama.

“Takpelah, biar Mira je yang buat!” pinta Amira.

“Bagus la tu, saya pun penat ni. Terima kasih ye Cik Amira. Haha.”

“Isk… kamu ni. Perangai tak senonoh!” Mama bersuara.

“Mira tak kisah aunty. Amira minta diri dulu, dah siap nanti Mira panggil.” Amira terus menuju ke dapur untuk menyiapkan hidangan.

Aku rancak berbual dengan Mama dan Daddy. Alangkah gembira dapat menatap wajah mereka. Macam- macam ole- ole yang dibawa pulang. Penuh bonet kereta tadi.

Mama kalau dah dapat membeli belah, tak ingat dunia. Kadang- kadang kesian tengok Daddy yang kena mengangkut barang- barang. Adakalanya sampai Daddy terpaksa mencari alasan untuk tidak mengikut Mama pergi membeli belah. Katanya tak sanggup!

Kesudahannya, aku la yang menjadi mangsa. Tapi aku tak kisah. Mama punya pasal, aku sanggup buat apa saja.

Aunty, Uncle…makanan dah sedia.” Suara Amira muncul dalam keriuhan kami berborak.

Kami semua menuju ke ruang makan dan menikmati hidangan yang telah aku sendiri masak.

“Sedap juga masakan aku.” aku berbisik sendirian.

“Tambah lagi Mira, jangan segan- segan.” Mama tiba- tiba bersuara.

Setelah selesai, Amirah minta diri untuk pulang. Aku tengok Amira tak keruan sejak tadi. Kerap kali dia melihat telefon bimbitnya.

Tiba- tiba Mama memanggil ku duduk di sebelahnya.

“Mir, Mama nak cakap sikit boleh?”

“Ada apa Ma?”

“Mama berkenan sangat dengan Amira. Buat apa Mir tunggu lama- lama, tak takut ke dikebas orang?”

“Isk Ma ni….Mir pun tak pasti lagi yang Amira tu betul- betul single atau tak. Mana tau dia dah jadi tunangan orang!”

“Astaghfirullah…kamu tak terus terang lagi dengan Amira?”

“Susah la Ma, biarlah kami berkawan dulu. Mir tak nak terburu- buru.”

“Bukan masalah terburu- buru Mir, Mama tengok kamu dengan Amira secocok sangat. Mama pun teringin nak menimang cucu. Kalau kamu segan, biar Mama sendiri yang cakap dengan Amira.”

“Betul tu Mir, buat apa ditunggu lama- lama. Betul cakap Mama kamu tu.” Daddy mencelah.

Aku dah tak ada modal lagi nak menjawab. Bukannya aku tak suka kat Amira tu, malah lebih dari itu perasaan sayang ku pada Amira, cuma bukan masanya lagi. Kalau ada jodoh tak kemana. Yang membezakan cuma cepat atau lambat je jodoh tu sampai.

“Mir nak keluar kejap la Ma, ada hal kejap.” Aku cuba melarikan diri dari persoalan yang membuatkan aku lemas.

“Tu la budak- budak muda zaman sekarang, pantang orang tua bagi nasihat sikit! Cepat je nak lari. Cuba la dengar nasihat kita ni.” Mama menghamburkan kata- kata yang agak pedas tatkala kaki ku melangkah keluar.

Lantas aku menghidupkan enjin kereta dan terus menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak pasti haluannya.

Masih terngiang- ngiang lagi kata- kata Mama dan Daddy sebentar tadi dibenakku. Memang aku tidak nafikan kebenarannya. Tapi aku takut yang Amira tidak dapat menerima diriku atau sudah ada insan lain yang telah menambat hati Amira. Fikiran ku buntu.

Aku seolah- olah takut untuk berdepan dengan kenyataan. Mungkin kenangan pahit ku bersama Diana dua tahun yang lepas masih lagi menghantuiku.

Aku mengenali Diana sewaktu aku di tahun kedua di UiTM. Perasaan sayang ku terhadap Diana tidak berbelah bahagi. Bagi aku, Diana la wanita yang sempurna dalam hidup ku.

Tapi aku silap, Diana pergi meninggalkan aku tatkala cintaku begitu menebal terhadapnya. Masih segar dalam ingatanku, Diana datang menemui ku dan bersamanya seorang lelaki yang tidak aku kenali. Bersaksikan lelaki tersebut, Diana memutuskan ikatan cinta kami yang terjalin selama setahun. Betapa hancurnya hatiku pabila cinta suci ini dikhianati begitu saja.

Begitu hebatnya dugaan yang aku tempuhi. Namun aku redha dengan ketentuan Illahi. Mungkin bukan jodoh ku dengan Diana.

Perkara ini yang membuatkan aku takut untuk berterus terang dengan Amira. Bagi la aku kekuatan Ya Allah!

bersambung...

2 comments:

  1. itu bukan alasan untuk Amir takut nak approuch
    kalau semua lelaki takut ngan kenangan silam,
    memang susah la pompuan nk kawin mcm ni..
    huhuhu...

    -cik su-

    ReplyDelete
  2. cik su sudah emo.....mungkin bg sesetengah orang dpt menempuh kenangan silam yg siul mcm tu, but not for Amir. So, pihak wanita perlu memainkan peranan utk membantu sang lelaki melupakan kenangan dowh itu...or myb berserah je la..huhu

    ReplyDelete