Wednesday, December 30, 2009

Good Bye....

Selamat tinggal My Journal...
mulai 2010, aku akan pindah "rumah" baru...
My Journal telah diserang virus kutu babi...
sapa2 yg nak url bg blog br sila email aku ke:


silaemail@yahoo.com

Wednesday, December 23, 2009

Miss u my baby....;p

rindu gile kat Ncup ni....x sabar aku nak balik thn depan....meh tgk gambo2 Ncup..hehehe





Friday, December 18, 2009

Kelas Januari 2010/2011

Kelas aku dah nak start bulan depan..16 Januari 2010. Merasa tiap2 bln turun kl...tp tgk budget gak..kalo xde budget aku ponteng je la pertemuan ke 2 dan ke 4....apa nak wat....dah nasib badan..

Ni jadual kelas sem ni....

Pertemuan 1 : 16 - 17 Januari 2010
Pertemuan 2 : 20 - 21 Februari 2010
Pertemuan 3 : 19 - 20 Mac 2010 (Mid term exam)
Pertemuan 4 : 10 - 11 April 2010
Pertemuan 5 : 12 - 16 Mei 2010 (Final exam)

Aku pun dah survey tambang MAS ngan Air Asia untuk kelima2 pertemuan itew...

MAS : RM 1422.00
Air Asia : RM 1277.00

Pergghhh...gile babi kan...tu pun kalo aku book awal...tp x leh book gak...tgh tunggu rayuan pertukaran...la ni aku dgr ade kekosongan kat opis Sg. Petani... tunggu green light je...kalo confirm...aku akan terus layang kan surat cinta ku pd KSM....

Anyway TQ pada Cik Su yg gigih pi UUM KL tuk smbil dptkan jadual kelas ni...nak harapkan org UUM...smpi kiamat x dapat...

p/s: thn ni x leh tgk AJL live kat bukit jalil....huhu. Pastu 2 ekor kwn aku plak kawin pd 16/1 ni.....x dpt la aku dtg...soooooo sorry guyz...to elmy a.k.a ayu & shira.....selamat pengantin baru....tahniah sngt2....hehehe

Salam Awal Muharram 1431 Hijrah

Salam semua.....

Salam Awal Muharram 1431 Hijrah.

p/s: bila la nak berubah2 ni....umur makin lanjut. perangai masih di takuk lama!! tepuk dada tanya selera. Hopefully 1431 hijrah akan membawa 1001 perubahan positif....Amin...

Wednesday, December 09, 2009

Cinta Amir & Amira: Plot 6


Plot 6

Hari minggu ni aku menghabiskan masa lapang ke Sunway Lagoon. Aku pergi seorang diri membawa bersama perasaan yang berkeceramuk. Sekurang- kurangnya aku dapat merehatkan minda sambil mencuci mata. Aku suka menyaksikan pelbagai ragam manusia yang kadang- kadang aku terhibur dengan gelagat mereka.


Sedang aku beratur membeli tiket, aku disapa oleh seorang wanita.

Amir ke ni?” sapaan dari belakang.

Lantas aku palingkan muka untuk melihat siapakah gerangan wanita tersebut.

Nik Fatimah! Lama nya tak jumpa kau. Eh, Fendi pun ada sekali! Buat apa kat sini?”

Nak membajak sawah! Apa la kau ni, nak mandi manda la.”

Hahaha..” aku ketawa girang.

Nik merupakan rakan sekuliah ku. Kami agak rapat semasa belajar dulu. Namun selepas tamat universiti, kami tidak berhubung lagi. Bukan apa, kekasih hatinya tu cemburu sangat. Sapa lagi…Fendi tu la.

Tapi aku tak sangka hubungan mereka berkekalan sampai ke hari ini. Walaupun Fendi tu seorang yang cemburu buta. Nik memang seorang yang penyabar. Kalau aku…dah lama angkat kaki. Bayangkan la, kami nak buat study group pun nak kena minta izin dari dia. Mamat ni memang poyo.

Setelah berborak- borak , aku minta diri dulu. Fendi dah jeling semacam dah. Aku pulak naik risau. Tak pasal- pasal ada adegan drama Tamil pulak kat entrance Sunway Lagoon ni.

Aku dan Fendi hampir- hampir bergaduh dulu sebab aku dan Nik keluar makan sama- sama. Aku pun tak faham perangai mamat ni. Aku dah anggap Nik macam kakak aku. Takkan la itu pun nak cemburu.

Apa- apa pun aku berasa amat segar sekali hari ini. Dah lama tak melepaskan tekanan macam ni. Maklumlah, aku kadang- kadang tension dengan tugasan pejabat, hubungan ku dengan Amira lagi. Sakit otak ini!

Tepat jam 2.30 petang aku bersiap untuk pulang. Hari dah mula panas dan ia membuatkan aku tak selesa.

Bila difikir- fikir semula, awal lagi pulak. Takan nak terus balik rumah. Aku buat keputusan nak singgah Sunway Pyramid sekejap.


Ramainya orang kat sini….

Aku lupa la, semalam dah mula Jualan Mega, patutlah berduyun- duyun orang datang. Ni kalau Mama tau, alamat bertambah riuh la Sunway Pyramid ni.

Aku sempat meninjau beberapa kedai dan membeli tiga helai baju kemeja dan sehelai seluar slack. Dah lama rasanya baju kerja tak berganti. Alang- alang dah depan mata, borong je la.

Setelah sampai di rumah…

Eh, Amira pun ada kat sini. Ada apa- apa ke ni?” aku meminta kepastian sambil menjeling ke arah Mama.

Aku cukup risau andai Mama akan bercakap yang bukan- bukan mengenai perhubungan kami.

Takda apa- apa. Mira saja singgah kat rumah ni. Mira call Mir dari pagi tadi, tapi tak berjawab. Risau Mira dibuatnya! Tu yang Mira singgah sini. Alih- alih aunty cakap yang Mir pergi Sunway Lagoon.” cerita Amira dengan panjang lebar.

Ye ke, Amir off telefon dari pagi tadi. Ni pun lupa nak on balik. Sorry la.” Balas ku. Aku tak sangka Amira masih mengambil berat terhadap diriku.

Adakah itu tandanya yang Amira sayang padaku?

Aku tak bisa menjawab persoalan itu.

Dari pagi tadi ke Amir pergi Sunway Lagoon?”

Sampai pukul 2.30 je, lepas tu singgah Sunway Pyramid. Cari baju kemeja.”

Kenapa tak bagi tahu Mama nak pergi Sunway Pyramid?” soal Mama yang seakan tidak berpuas hati.

Mama ni pantang dengar nama shopping mall! Hahaha. Amir tak rancang pun Ma, singgah sekejap je. Lagipun ramai orang sangat. Lemas dibuatnya.”

Aunty, Mira pulang dahulu. Dah nak senja ni.” suara Amira mematikan perbualan aku dan Mama.

Awal lagi ni, jom la makan malam sekali kat sini.” pelawa Mama.

Takpe la aunty, dah lewat ni. Lain kali Mira singgah rumah aunty lagi. Amira janji.” Amira cuba memujuk Mama ku.

Lantas Amira terus pulang ke rumah tanpa menikmati makan malam bersama- sama kami.

Sejurus selepas itu...

Ma, Mama ada cakap apa- apa ke dengan Amira tadi?” soal ku.

Cakap apa? Kami borak- borak kosong aje. Tak payah la kamu nak risau. Mama ni bukan suka sibuk hal orang- orang muda ini. Tak gitu?” Mama membalas.

Hehe…kalau macam tu takpa. Risau Mir dibuatnya.”

Dah la tu. Pergi mandi dulu, lepas tu kita makan bersama.”

Baik bos!” lantas aku terus berlari menuju ke kamar ku.

Selesai mandi dan menunaikan solat Maghrib, aku terus menuju ke ruang makan. Mama dan Daddy sudah bersedia di sana.

Sedapnya Mama masak malam ni. Ada tetamu nak datang ke?”

Mana ada tetamu. Dah pi basuh tangan cepat, kita makan sekali.”

Enak sungguh dapat menikmati air tangan Mama, tiada siapa boleh menandingi kehebatan Mama memasak. Walaupun Chef Wan!

Masa sekolah menengah dulu sampai belajar kat Universiti, aku jarang dapat merasa kenikmatan masakan Mama. Maklumlah aku duduk di hostel masa belajar dulu. Bila dah habis belajar, aku buat keputusan nak tinggal dengan Mama dan Daddy. Sebab itu aku cari kerja dekat kawasan Petaling Jaya. Senang nak ulang alik.

Kalau boleh aku nak selalu meluangkan masa bersama Mama dan Daddy. Rasanya aku tak puas lagi nak bermanja- manja dengan mereka. Sementara mereka masih hidup, biarlah aku dapat menikmati hidup bersama dengan orang yang aku kasihi.

Walaupun kawan- kawanku menggelarkan aku ni anak mama, aku tak kisah pun. Yang penting aku bahagia.

bersambung....

p/s: setelah novel ini direhatkan kerana kesibukan ku sepanjang 2 minggu yg lepas...ditambah dengan laptop ku buat hal......corrupt! nasib baik aku jumpa novel ni dlm satu pen drive....huhu. so, aku buat entry ni awal takut lupa plak jumaat nnti...hihi..

3P Event

Last week aku opis aku ada organise satu event.. 3P a.k.a Program Penempatan Pekerjaan.....penat gile.... tgk je la pic2 dibawah ini...





* sedang menari poco- poco (aku mmg x reti...step kemana...tp mmg penat..sakit kaki!!

Monday, November 23, 2009

Lawak Petang


ha ha ha ha.....ni mmg kelakar gile. aku mmg dah lama nak cerita pasal sorang pemb. tadbir ni......tp xde citer yg kelakar tahap cipan lg.....dia seorang cina dan lagi 5 thn nak pencen......bab ejaan, nahu, tatabahasa mmg HANCUR!! mmg tak berharap la nak suruh dia buat memo ke, surat ke, minit mesyuarat ke.......baik kite buat sendiri dr suruh dia buat, boleh bikin jiwa parah!! ha ha ha...

ptg ni bdk2 kat opis dok ketawa besar....aku ingat apa kes, aku pun ditunjukkan kan la sehelai surat......nak tau apa isi nya??

Hawa Dinding (Mitsubishi dan York)

Dimaklumkan bahawa hawa dua buah dinding perlu di servis dan sebuah hawa dinging jenama Mitsubishi (SE-PB-AC-1) perlu ditukar ke bilik pegawai sebab bilik pegawai keruang sejuk.

Sekian, terima kasih.

ha ha ha....asal aku hadap je surat ni...aku mesti nak ketawa besar...ha ha ha ha ha... bkn sekali je di buat hal cam gini, selalu.....tp aku bukan la nak menghina atau mengutuk cina ni....tapi dia ni x nak belajar....memanjang ckp omputih je (x lah baguih mana pun!!), buat keje2 pertubuhan cina dia.....sampai bile pun x pandai kalau mcm ni gayanya....

kadang2 tu ada gak dia tanya minta betulkan...tp sebelum nak betulkan tu....kena ketawa dulu...ha ha ha.

tp mesti korang x caya kan?? ni aku siap ambik pic lagi sbg bukti......


* dah hancur surat ni....mesti kutip dlm tong sampah..

p/s: anyway TQ mr. lee....skrg aku dah rs mcm dlm syurga sbb dah ade HAWA DINDING tu....sampai arini 3 kali aku terkucil....ha ha ha...

Examination.

Arrgghh...aku akan ambil periksa perkhidmatan on 3 & 4 Dec 2009 (2 days plak tu....)

Buku mmg malas gile nak baca....dah sebu dah otak ni!! Nak tau buku apa yg kena baca??




Akta Kerja 1955

Ordinan Buruh (Sabah Bab 67)

Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76)

Akta Perhubungan Perusahaan 1967

Akta Kesatuan Sekerja 1959

Akta Pampasan Pekerja 1952

Akta Majlis Penetapan Gaji 1947

Akta Maklumat Pekerjaan 1953

Akta Penggajian Kanak2 dan Orang Muda 1966

Akta Agensi Pekerjaan Swasta 1981


what else?????



p/s: mcm give up plak bile menghadap akta2 ni....rs nyesal plak apply awal2 exam ni....hopefully aku lulus cemerlang....chaiyok!!!

Sunday, November 22, 2009

2012


Akhirnya.......


Aku dapat gak tengok citer 2012 ni....beli dvd ms on the way blk dr pasar td.....walaupun mutu dvd nye tak mencapai tahap piawaian ISO.....tp aku beli gak, sbb tak tahan dah nak tgk filem ni....nak tunggu tgk wayang....ntah bile la sempatnye......so aku layan je la.....

apa2 pun filem ni mmg gempaq...bikin insap sekejap...huhu. tp lepas tgk filem 2012 ni...aku tertanya2 dua perkara ni....

1. agak2 wujud x kapal sebesar alam tu nanti??
2. camane nak booking nama nak naik kapal tu??

hahhahaha...................... ;)


p/s: ms on the way balik td, singgah kat org jual durian....mmg teringin nak rs durian Serian ni. maklumlah sekarang musim durian......tapi hampeh yg amat. aku tanya nak beli sebijik leh x? tak bagi si penjual tu....dia kata nak beli selonggok. dowh siul...aku nak mkn sorang, bkn 10 org.....tp ape leh buat...ambik bau je la... ;(

Saturday, November 21, 2009

Mee Maggie


sodap nye.........


"mee maggi sedap dimakan, cepat dimasak" hahahaha...

sejak dua menjak ni, selera makan mmg dah kureng.....masak pun dah malas!! tak tau la kenapa.....huhu

so, mi maggi la makanan kegemaran aku setakat ini....especially ASAM LAKSA....yummy!!!


p/s: pagi td kena pi Kg. Pichin kat area Serian gak...ade program Info Bestari anjuran Jab. Penerangan....and majoriti penduduk situ Bidayuh....bile depa bg minum pagi....aku mmg was was nak makan....takut siut...just minum air mineral je. Bile program dah abis, aku ingat nak blah je....pastu dorang ajak lunch dulu....aku pun bermanis mulut la...takpe la....terima kasih..huhuhu. org penerangan tu pun mcm paham2 la....last2 dia kata..jgn risau, ni katerer dr pekan (org melayu la...) dushhh..ambik ko!! so, aku mkn la demi menjaga hati tuan rumah......TQ!!