Wednesday, December 30, 2009
Good Bye....
mulai 2010, aku akan pindah "rumah" baru...
My Journal telah diserang virus kutu babi...
sapa2 yg nak url bg blog br sila email aku ke:
silaemail@yahoo.com
Wednesday, December 23, 2009
Friday, December 18, 2009
Kelas Januari 2010/2011
Ni jadual kelas sem ni....
Pertemuan 1 : 16 - 17 Januari 2010
Pertemuan 2 : 20 - 21 Februari 2010
Pertemuan 3 : 19 - 20 Mac 2010 (Mid term exam)
Pertemuan 4 : 10 - 11 April 2010
Pertemuan 5 : 12 - 16 Mei 2010 (Final exam)
Aku pun dah survey tambang MAS ngan Air Asia untuk kelima2 pertemuan itew...
MAS : RM 1422.00
Air Asia : RM 1277.00
Pergghhh...gile babi kan...tu pun kalo aku book awal...tp x leh book gak...tgh tunggu rayuan pertukaran...la ni aku dgr ade kekosongan kat opis Sg. Petani... tunggu green light je...kalo confirm...aku akan terus layang kan surat cinta ku pd KSM....
Anyway TQ pada Cik Su yg gigih pi UUM KL tuk smbil dptkan jadual kelas ni...nak harapkan org UUM...smpi kiamat x dapat...
p/s: thn ni x leh tgk AJL live kat bukit jalil....huhu. Pastu 2 ekor kwn aku plak kawin pd 16/1 ni.....x dpt la aku dtg...soooooo sorry guyz...to elmy a.k.a ayu & shira.....selamat pengantin baru....tahniah sngt2....hehehe
Salam Awal Muharram 1431 Hijrah
Salam Awal Muharram 1431 Hijrah.
p/s: bila la nak berubah2 ni....umur makin lanjut. perangai masih di takuk lama!! tepuk dada tanya selera. Hopefully 1431 hijrah akan membawa 1001 perubahan positif....Amin...
Wednesday, December 09, 2009
Cinta Amir & Amira: Plot 6
Hari minggu ni aku menghabiskan masa lapang ke Sunway Lagoon. Aku pergi seorang diri membawa bersama perasaan yang berkeceramuk. Sekurang- kurangnya aku dapat merehatkan minda sambil mencuci mata. Aku suka menyaksikan pelbagai ragam manusia yang kadang- kadang aku terhibur dengan gelagat mereka.
“Amir ke ni?” sapaan dari belakang.
Lantas aku palingkan muka untuk melihat siapakah gerangan wanita tersebut.
“Nik Fatimah! Lama nya tak jumpa kau. Eh, Fendi pun ada sekali! Buat apa kat sini?”
“Nak membajak sawah! Apa la kau ni, nak mandi manda la.”
“Hahaha..” aku ketawa girang.
Nik merupakan rakan sekuliah ku. Kami agak rapat semasa belajar dulu. Namun selepas tamat universiti, kami tidak berhubung lagi. Bukan apa, kekasih hatinya tu cemburu sangat. Sapa lagi…Fendi tu la.
Tapi aku tak sangka hubungan mereka berkekalan sampai ke hari ini. Walaupun Fendi tu seorang yang cemburu buta. Nik memang seorang yang penyabar. Kalau aku…dah lama angkat kaki. Bayangkan la, kami nak buat study group pun nak kena minta izin dari dia. Mamat ni memang poyo.
Setelah berborak- borak , aku minta diri dulu. Fendi dah jeling semacam dah. Aku pulak naik risau. Tak pasal- pasal ada adegan drama Tamil pulak kat entrance Sunway Lagoon ni.
Aku dan Fendi hampir- hampir bergaduh dulu sebab aku dan Nik keluar makan sama- sama. Aku pun tak faham perangai mamat ni. Aku dah anggap Nik macam kakak aku. Takkan la itu pun nak cemburu.
Apa- apa pun aku berasa amat segar sekali hari ini. Dah lama tak melepaskan tekanan macam ni. Maklumlah, aku kadang- kadang tension dengan tugasan pejabat, hubungan ku dengan Amira lagi. Sakit otak ini!
Tepat jam 2.30 petang aku bersiap untuk pulang. Hari dah mula panas dan ia membuatkan aku tak selesa.
Bila difikir- fikir semula, awal lagi pulak. Takan nak terus balik rumah. Aku buat keputusan nak singgah Sunway Pyramid sekejap.







Ramainya orang kat sini….
Aku lupa la, semalam dah mula Jualan Mega, patutlah berduyun- duyun orang datang. Ni kalau Mama tau, alamat bertambah riuh la Sunway Pyramid ni.
Aku sempat meninjau beberapa kedai dan membeli tiga helai baju kemeja dan sehelai seluar slack. Dah lama rasanya baju kerja tak berganti. Alang- alang dah depan mata, borong je la.
Setelah sampai di rumah…
“Eh, Amira pun ada kat sini. Ada apa- apa ke ni?” aku meminta kepastian sambil menjeling ke arah Mama.
Aku cukup risau andai Mama akan bercakap yang bukan- bukan mengenai perhubungan kami.
“Takda apa- apa. Mira saja singgah kat rumah ni. Mira call Mir dari pagi tadi, tapi tak berjawab. Risau Mira dibuatnya! Tu yang Mira singgah sini. Alih- alih aunty cakap yang Mir pergi Sunway Lagoon.” cerita Amira dengan panjang lebar.
“Ye ke, Amir off telefon dari pagi tadi. Ni pun lupa nak on balik. Sorry la.” Balas ku. Aku tak sangka Amira masih mengambil berat terhadap diriku.
Adakah itu tandanya yang Amira sayang padaku?
Aku tak bisa menjawab persoalan itu.
“Dari pagi tadi ke Amir pergi Sunway Lagoon?”
“Sampai pukul 2.30 je, lepas tu singgah Sunway Pyramid. Cari baju kemeja.”
“Kenapa tak bagi tahu Mama nak pergi Sunway Pyramid?” soal Mama yang seakan tidak berpuas hati.
“Mama ni pantang dengar nama shopping mall! Hahaha. Amir tak rancang pun Ma, singgah sekejap je. Lagipun ramai orang sangat. Lemas dibuatnya.”
“Aunty, Mira pulang dahulu. Dah nak senja ni.” suara Amira mematikan perbualan aku dan Mama.
“Awal lagi ni, jom la makan malam sekali kat sini.” pelawa Mama.
“Takpe la aunty, dah lewat ni. Lain kali Mira singgah rumah aunty lagi. Amira janji.” Amira cuba memujuk Mama ku.
Lantas Amira terus pulang ke rumah tanpa menikmati makan malam bersama- sama kami.
Sejurus selepas itu...
“Ma, Mama ada cakap apa- apa ke dengan Amira tadi?” soal ku.
“Cakap apa? Kami borak- borak kosong aje. Tak payah la kamu nak risau. Mama ni bukan suka sibuk hal orang- orang muda ini. Tak gitu?” Mama membalas.
“Hehe…kalau macam tu takpa. Risau Mir dibuatnya.”
“Dah la tu. Pergi mandi dulu, lepas tu kita makan bersama.”
“Baik bos!” lantas aku terus berlari menuju ke kamar ku.
Selesai mandi dan menunaikan solat Maghrib, aku terus menuju ke ruang makan. Mama dan Daddy sudah bersedia di sana.
“Sedapnya Mama masak malam ni. Ada tetamu nak datang ke?”
“Mana ada tetamu. Dah pi basuh tangan cepat, kita makan sekali.”
Enak sungguh dapat menikmati air tangan Mama, tiada siapa boleh menandingi kehebatan Mama memasak. Walaupun Chef Wan!
Masa sekolah menengah dulu sampai belajar kat Universiti, aku jarang dapat merasa kenikmatan masakan Mama. Maklumlah aku duduk di hostel masa belajar dulu. Bila dah habis belajar, aku buat keputusan nak tinggal dengan Mama dan Daddy. Sebab itu aku cari kerja dekat kawasan Petaling Jaya. Senang nak ulang alik.
Kalau boleh aku nak selalu meluangkan masa bersama Mama dan Daddy. Rasanya aku tak puas lagi nak bermanja- manja dengan mereka. Sementara mereka masih hidup, biarlah aku dapat menikmati hidup bersama dengan orang yang aku kasihi.
Walaupun kawan- kawanku menggelarkan aku ni anak mama, aku tak kisah pun. Yang penting aku bahagia.
bersambung....
p/s: setelah novel ini direhatkan kerana kesibukan ku sepanjang 2 minggu yg lepas...ditambah dengan laptop ku buat hal......corrupt! nasib baik aku jumpa novel ni dlm satu pen drive....huhu. so, aku buat entry ni awal takut lupa plak jumaat nnti...hihi..
3P Event
Monday, November 23, 2009
Lawak Petang
Examination.

Sunday, November 22, 2009
2012

Saturday, November 21, 2009
Mee Maggie

Friday, November 20, 2009
Cinta Amir & Amira: Plot 5
Plot 5
3 minggu kemudian…
Hari ini Mama dan Daddy akan pulang dari menunaikan umrah. Aku rindu sangat Mama dan Daddy. Ketiadaan mereka membuatkan rumah ini menjadi sunyi dan sepi sekali. Kadang- kadang rasa seronok melihat keletah Mama dan Daddy bergurau senda. Aku cukup terhibur.
Aku menghubungi Amira untuk mempelawanya sekali menjemput Mama dan Daddy di KLIA. Kalau tak ajak nanti, tarik muka lagi. Lecehnye kalau perempuan yang kuat merajuk ni. Tak reti aku nak memujuk.

Sampai saja di KLIA, aku berlari mendapatkan Mama dan Daddy. Ku peluk dan ku cium sepuas- puasnya.
“Rindu sangat kat Ma dan Daddy!” aku melepaskan rindu.
“Tu la kamu ni, Mama dah ajak ikut sekali. Tapi tak nak pegi!”
“Belum sampai seru lagi la Ma.” balas ku.
“Mira pun ada sekali.” Mama menyapa Amira.
“Saya aunty. Amir ajak sekali jemput aunty dan uncle. Lagi pun hari tu tak dapat hantar pi airport.”
“La… Amir tak bagi tau kamu yang kami buat Umrah?” soal Mama.
“Dah la tu Ma, mesti penatkan. Lagi pun Mama, kalau kita pi buat ibadah…tak perlu bagi tau satu kampung! Betul tak Daddy?” aku mencelah perbualan Mama dan Amira.
“Betul tu!” Daddy menyokong ku.
Selepas mengambil semua bagasi, kami terus pulang menuju ke rumah.
Di rumah…
“Mama lapar la.” sambil memegang perutnya.
“Siannya dia, ni Mir dah masak tadi. Tunggu kejap, Mir pi panaskan lauk. Sebentar lagi kita makan sama- sama.
“Takpelah, biar Mira je yang buat!” pinta Amira.
“Bagus la tu, saya pun penat ni. Terima kasih ye Cik Amira. Haha.”
“Isk… kamu ni. Perangai tak senonoh!” Mama bersuara.
“Mira tak kisah aunty. Amira minta diri dulu, dah siap nanti Mira panggil.” Amira terus menuju ke dapur untuk menyiapkan hidangan.
Aku rancak berbual dengan Mama dan Daddy. Alangkah gembira dapat menatap wajah mereka. Macam- macam ole- ole yang dibawa pulang. Penuh bonet kereta tadi.
Mama kalau dah dapat membeli belah, tak ingat dunia. Kadang- kadang kesian tengok Daddy yang kena mengangkut barang- barang. Adakalanya sampai Daddy terpaksa mencari alasan untuk tidak mengikut Mama pergi membeli belah. Katanya tak sanggup!
Kesudahannya, aku la yang menjadi mangsa. Tapi aku tak kisah. Mama punya pasal, aku sanggup buat apa saja.
“Aunty, Uncle…makanan dah sedia.” Suara Amira muncul dalam keriuhan kami berborak.
Kami semua menuju ke ruang makan dan menikmati hidangan yang telah aku sendiri masak.
“Sedap juga masakan aku.” aku berbisik sendirian.
“Tambah lagi Mira, jangan segan- segan.” Mama tiba- tiba bersuara.
Setelah selesai, Amirah minta diri untuk pulang. Aku tengok Amira tak keruan sejak tadi. Kerap kali dia melihat telefon bimbitnya.
Tiba- tiba Mama memanggil ku duduk di sebelahnya.
“Mir, Mama nak cakap sikit boleh?”
“Ada apa Ma?”
“Mama berkenan sangat dengan Amira. Buat apa Mir tunggu lama- lama, tak takut ke dikebas orang?”
“Isk Ma ni….Mir pun tak pasti lagi yang Amira tu betul- betul single atau tak. Mana tau dia dah jadi tunangan orang!”
“Astaghfirullah…kamu tak terus terang lagi dengan Amira?”
“Susah la Ma, biarlah kami berkawan dulu. Mir tak nak terburu- buru.”
“Bukan masalah terburu- buru Mir, Mama tengok kamu dengan Amira secocok sangat. Mama pun teringin nak menimang cucu. Kalau kamu segan, biar Mama sendiri yang cakap dengan Amira.”
“Betul tu Mir, buat apa ditunggu lama- lama. Betul cakap Mama kamu tu.” Daddy mencelah.
Aku dah tak ada modal lagi nak menjawab. Bukannya aku tak suka kat Amira tu, malah lebih dari itu perasaan sayang ku pada Amira, cuma bukan masanya lagi. Kalau ada jodoh tak kemana. Yang membezakan cuma cepat atau lambat je jodoh tu sampai.
“Mir nak keluar kejap la Ma, ada hal kejap.” Aku cuba melarikan diri dari persoalan yang membuatkan aku lemas.
“Tu la budak- budak muda zaman sekarang, pantang orang tua bagi nasihat sikit! Cepat je nak lari. Cuba la dengar nasihat kita ni.” Mama menghamburkan kata- kata yang agak pedas tatkala kaki ku melangkah keluar.
Lantas aku menghidupkan enjin kereta dan terus menuju ke destinasi yang aku sendiri tidak pasti haluannya.
Masih terngiang- ngiang lagi kata- kata Mama dan Daddy sebentar tadi dibenakku. Memang aku tidak nafikan kebenarannya. Tapi aku takut yang Amira tidak dapat menerima diriku atau sudah ada insan lain yang telah menambat hati Amira. Fikiran ku buntu.
Aku seolah- olah takut untuk berdepan dengan kenyataan. Mungkin kenangan pahit ku bersama Diana dua tahun yang lepas masih lagi menghantuiku.
Aku mengenali Diana sewaktu aku di tahun kedua di UiTM. Perasaan sayang ku terhadap Diana tidak berbelah bahagi. Bagi aku, Diana la wanita yang sempurna dalam hidup ku.
Tapi aku silap, Diana pergi meninggalkan aku tatkala cintaku begitu menebal terhadapnya. Masih segar dalam ingatanku, Diana datang menemui ku dan bersamanya seorang lelaki yang tidak aku kenali. Bersaksikan lelaki tersebut, Diana memutuskan ikatan cinta kami yang terjalin selama setahun. Betapa hancurnya hatiku pabila cinta suci ini dikhianati begitu saja.

Begitu hebatnya dugaan yang aku tempuhi. Namun aku redha dengan ketentuan Illahi. Mungkin bukan jodoh ku dengan Diana.
Perkara ini yang membuatkan aku takut untuk berterus terang dengan Amira. Bagi la aku kekuatan Ya Allah!
bersambung...
Thursday, November 19, 2009
Gosip Panazz
Bad News
Gadis Biru Laut

Monday, November 16, 2009
Manusia Sengal a.k.a Bodoh
Thursday, November 12, 2009
Cinta Amir & Amira: Plot 4
Plot 4
Suatu hari aku memberanikan diri untuk menelefon Amira.

“Asaalamualaikum Mira.”
“Waalaikumussalam….kenapa ni Mir?”
“Saja je call Mira. Mira sihat?”
“Sihat.” balas Amira sepatah.
“Mira, boleh tak Mir tanya sesuatu?”
“Sesuatu? Apa dia?”
“Hari tu Mir ada nampak Mira dengan seorang lelaki kat Amcorp Mall. Siapa mamat tu?” soal ku.
“Amcorp Mall…ye ke? Err..Mira dengan kawan kot. Cemburu ke?”
“Tak la…Cuma nak kepastian je. Mana tau Cik Mira ni dah berpunya.”
Namun kata- kata Amira terhenti di situ, Amira langsung tidak bersuara. Senyap seribu bahasa.
“Hello Mira!”
“Mira ada sini. Mir, nanti Mira call semula. Ada kerja sikit la.”
“Errmm…ok lah. Nanti kita jumpa ye.”
“Insyallah. Bye.” Amira mengakhiri perbualan tersebut.
Mengapa sejak kebelakangan ini Amira sering mengelak untuk berbual dengan ku. Aku dapat merasakan perubahan pada diri Amira.
Aku malas nak bertanya lebih lanjut, mungkin nanti akan membuatkan Amira tidak senang dengan persoalan- persoalan yang bakal ditanya oleh ku.
Aku telah mengambil cuti dua hari untuk menghantar kedua ibu bapa ku ke lapangan terbang untuk menunaikan ibadah umrah. Nampaknya aku tinggal seorang diri untuk tempoh 3 minggu.

“Lama Mama tak jumpa Mira.” Mama bersuara.
“Mira sibuk la Mama, banyak kerja agaknya.” balas ku.
Sedangkan aku langsung tidak memaklumkan pada Amira yang kedua ibu bapaku ingin menunaikan umrah. Aku malas nak mengganggu Amira. Biarlah dia mencari ketenangan tanpa sebarang gangguan.
Setelah Mama dan Daddy berangkat, aku pun pulang. Jam di tangan menunjukkan jam 9.55 malam.
Apa la aku nak buat ni. Rasa menyesal pulak ambik cuti sampai dua hari. Sapa la yang bakal menjadi mangsa aku ni.
Tanpa melengahkan masa aku berhentikan keretaku di tepi jalan dan aku capai telefon bimbit dan mendail nombor Kak Ita.
“Jom pi karaoke!” sergahku tatkala Kak Ita menjawab panggilan ku.
“Karaoke? Gila apa kau ni! Dah pukul 10 malam ni.”
“Alah, awal lagi ni. Kita pegi Red Box kat The Garden nak? Nanti aku ajak Bidin dengan Leo sekali.”
“Ermm…suka hati kau la Mir. Aku ikutkan je, kalau tak ikut karang merajuk pulak!”
“Hahaha. Thanks Kak Ita!”
Aku terus mendail nombor Bidin dan Leo untuk mengajak mereka turut serta berkaraoke malam ini.
Akhirnya kami semua berjumpa di Red Box The Garden. Seronok sangat dapat berkaraoke sampai jam 3 pagi. Walaupun suara dah serak dan hampir- hampir hilang suara, namun kami berempat tetap teruskan aktiviti karaoke ni.
Aku seronok sekali malam ni dapat luangkan masa bersama rakan- rakan baik ku. Nasib baik esok aku cuti. Boleh la membuta sampai ke tengahari.
Tapi kesian pulak kat Kak Ita, Bidin dan Leo. Dah la esok kerja, tidur lewat pulak. Tapi aku dah nasihatkan mereka supaya ambil MC je esok pagi.
Hari ni aku bangun tidur jam 2 petang. Ni kalau Mama ada mesti kena dengar syarahan. Ngantuk yang amat. Pukul 5 pagi baru mata ni nak lelap.
Lepas bangun, pi bersihkan diri….lepas tu keluar jap cari makan. Lapar la pulak. Tapi tekak ni nak makan Quarter Pounder MC Donalds la. Ok jugak tu.

Tengah beratur nak buat pesanan, aku dapat satu mesej.
“Jom keluar lunch. Mira bosan la.” mesej dari Amira.
Aku apa lagi, berundur tiga tapak kebelakang…cabutttttttttt!! Nasib baik belum order lagi. Kalau tidak aku lunch Quarter Pounder dengan Amira kat Restoran Sri Melaka la jawabnya.
Setelah sampai di Restoran Sri Melaka…
“Mana Mira ni?” getus hatiku.
Tu pun dia. Aku Nampak Amira melambai- lambaikan tangan.
Ramai sangat orang lunch kat Restoran Sri Melaka ni. Sesak sangat sampai aku naik rimas dibuatnya.
Sampai je kat meja, aku terus order Nasi Goreng Nyonya dan Jus Oren. Dah lapar sangat ni. Kalau lambat order, lambat la dapat makanannya.
“Mir tak kerja ke hari ini? Kenapa pakai t-shirt dengan seluar pendek je?” soal Amira.
“Tak, saya ambil cuti hari ini. Semalam hantar Mama dan Daddy ke airport. Buat umrah” balas ku.
“Buat umrah! Sampai hati Mir tak bagi tahu Mira. Tak dapat nak hantar uncle dan aunty pi airport.”
“Mira kan sibuk memanjang. Mana sempat nak hantar sekali.” Aku cuba protes. Malas aku nak berkelahi pasal benda yang remeh- temeh ni.
Amira hanya membisu tanpa sebarang kata. Hanya muka masam yang ditunjukkan.
“Ok, I’m so sorry Mira.” Aku cuba memujuk Amira.
“Takpe la Mir, Mira tak kisah pun. Siapa la Mira ni.”
“Dah la tu, jom kita makan. Dah sejuk nanti tak sedap pulak.
Pertemuan kami di Restoran Seri Melaka berakhir dengan suasana yang agak suram. Mungkin Amira terasa dengan kata- kata ku. Tapi itu lah kenyataanya. Acapkali aku telefon, pasti alasan sibuk menjadi subjek utama.
Sebenarnya dari dulu aku ingin meluahkan perasaan ku pada Amira. Tapi kerap kali tidak kesampaian. Mulut ku seolah- olah terkunci rapat apabila ingin meluahkan hal tersebut.
Mungkin benar kata orang- orang lama, perasaan cinta itu akan datang dengan sendirinya tanpa diundang.
??????????????

Good Luck!!

Friday, November 06, 2009
Cinta Amir & Amira: Plot 3
Plot 3
“Oit….jauhnye mengelamun!” jerkah Leo.
“Celaka kau Leo, buat aku terkejut je. Nasib baik aku takda heart attack!” balas ku.
Leo merupakan rakan sekerja ku yang paling rapat. Beliau banyak membantu ku sewaktu aku mula- mula menjejakkan kaki ke syarikat pengiklanan ini.
Sejak beberapa hari ini fikiran ku tidak berapa stabil, asyik teringatkan Amira. Perasaan rindu yang amat.
Amira tak berada di Malaysia untuk tempoh dua minggu kerana out station ke Singapura atas urusan kerja. Lama sungguh tempoh dua minggu tersebut aku rasakan.
Aku hanya berhubung dengan Amira melalui SMS, Facebook dan Yahoo Messengger untuk melepaskan rindu. Kini aku dan komputer ku tidak renggang semata- mata untuk berhubung dengan Amira.
Sekembali Amira ke Malaysia…
“Assalamualaikum Mira” aku tekad menghubungi Amira.
“Nanti Amira call semula!” kedengaran suara Amira tanpa menjawab salam ku dan terus mematikan talian.
Aku mencuba untuk menghubungi Amira semula, tetapi hampa kerana telefon dimatikan.
Aku amat hampa sekali. Aku bingung dengan apa yang telah dilakukan Amira sebentar tadi. Seingat aku, tiada sebarang kekhilafan yang telah aku lakukan terhadap Amira.
Persetankan saja perasaan ini. Mungkin Amira terlalu sibuk. Aku memujuk perasaan ku sendiri.
Sejak kebelakangan ini, aku banyak meluangkan masa bersama rakan- rakan ku yang lain. Sudah hampir seminggu Amira tidak berhubung dengan ku. Aku berasa amat pelik dengan situasi ini.
Aku masih tidak dapat melupakan peristiwa aku melihat Amira dan seorang lelaki di Amcorp Mall kelmarin.

Siapakah lelaki itu? Aku menjadi tidak keruan dek memikirkan peristiwa itu.
Namun untuk memujuk hati ini, aku hanya berprasangka baik dan menganggap lelaki itu hanya kawan Amira.
Sedang aku sibuk membuat tugasan ku, telefon ku berdering….
Ku lihat nama Amira di skrin telefon tersebut.
“Hai Mira, lama Mir tak dengar khabar berita.” aku mulakan bicara.
“Mira sihat, Cuma sibuk dengan kerja.”Amira membalas pertanyaan ku.
“Boleh kita jumpa? Waktu lunch.”pelawa Amira.
“Ok juga tu, Mir pun tengah lapar ni, dari pagi tadi tak makan apa- apa. Macam tahu- tahu je nak lunch dengan Mira hari ini.”
“Ok, kalau macam tu kita jumpa kat Victoria Station pukul 1, bye.”

Jam di tangan menunjukkan jam 12.45, dah lewat ni…takut jalan sesak nanti.
Aku terus off computer dan berlari menuju ke kereta ku. Tak sabar rasanya nak bertemu dengan Amira. Lebih tiga minggu aku tak jumpa Amira. Rindu sangat.
Adakah aku telah benar- benar jatuh cinta terhadap Amira? Namun kadang- kadang aku sering keliru dengan perasaan ku. Mungkin sebab itu aku takut untuk meluahkan perasaan ku kepada Amira.
Biarlah masa yang menentukan. Aku hanya berserah pada Yang Maha Esa.
Setelah sampai di Victoria Station…
Amira menyapa ku dari jauh. Ku lihat wajah Amira sedikit cengkung, mungkin kerana tidak cukup tidur disebabkan bebanan kerja.
“Hai Mira, rindu la” aku bergurau.
“Ye ke? Tak Tanya pun.” balas Amira. Lalu Amira ketawa berdekah- dekah dan aku turut sama ketawa.
Bahagia sungguh hati ini tatkala melihat kegembiraan di wajah Amira.
“Mira dah order makanan untuk Mir, tunggu Mir lambat sangat.”
“Mira order apa?”
“Fish & Chip.”
“Ok la tu, tahu- tahu je selera saya.”
Kami menikmati hidangan pada tengahari itu dengan penuh berselera. Terubat jua rindu ku pada Amira.
Tetapi entah mengapa ringan sangat mulut aku hendak bertanyakan tentang peristiwa di Amcorp Mall tempoh hari.
Bila difikirkan semula, aku tak mahu merosakkan pertemuan kali ini. Mungkin esok atau lusa adalah waktu yang sesuai untuk aku bertanyakan pada Amira.
Setelah selesai menikmati makan tengahari, kami pulang ke pejabat masing- masing.
Dalam perjalanan pulang, aku mendengar lagu Cinta Adam dan Hawa nyanyian Misha Omar.
Alangkah indahnya jika hubungan ku dan Amira seagung cinta Adam dan Hawa.
Setiba aku di pejabat…
“Kenapa muka kau berseri- seri pulak petang ni? Pagi tadi masak mencuka je!” soal Leo.
“Ye ke? Mana kau tahu muka aku masam mencuka? Kau ada rasa ke apek? Hahaha” ku balas.
“Ceh! mana ada rasa- rasa, aku tengok saja ma….baru lepas jumpa lengloi ke?”
“Sibuk la ko ni Alex. Pi buat kerja kau, aku busy ni…..lusa dah dateline.”
Aku menyambung kerja ku yang tertangguh, tapi minda ku masih terbayang- bayang wajah Amira.
Tetapi aku merasakan sesuatu yang pelik terhadap Amira sejak kebelakangan ini. Dari riak wajahnya tersembunyi seribu satu persoalan. Amira tidak seceria dulu.
Mungkin satu hari yang sesuai aku akan bersemuka dengan Amira untuk bertanyakan perkara yang mengundang pelbagai persoalan.
Apa yang pasti aku baru tahu yang Amira telah menjadi yatim piatu. Amira telah kehilangan ibunya sewaktu usianya 14 tahun. Bapanya pula baru saja meninggal awal tahun ini. Aku simpati dengan nasib Amira. Sekarang dia hidup sebatang kara. Walaupun ada saudara mara, namun mereka semua tinggal berjauhan.
bersambung...









