Assalamualaikum.
Saya Amerrul Anuar dari ******* ingin memaklumkan bahawa pada saya telah menyerahkan kesemua dokumen termasuk Borang ****** ******** (3 set) pada 11/08/2009. Dokumen- dokumen tersebut disertakan bersama memo dengan rujukan 3-SE-AA-19.
Namun yang demikian, saya telah diminta untuk mengisi semula Borang ***** ******* oleh pihak Ibu Pejabat dengan alasan mereka tidak menerima dokumen tersebut. Perkara ini amat dikesali dan saya berharap agar pihak Puan dapat mengarahkan staf Puan untuk mencari semula Borang ***** ******* tersebut memandangkan ianya SULIT.
Kerjasama dari pihak Puan amat saya hargai.
Kamek dok tunggu seminggu x reply2 pun email nye...last2 this week ada email dar P.I.C yg menerima surat @ dokumen2 yg masuk.
Askm...
Saya S***** Y****. Disini saya ingin menyatakan dengan dukacitanya saya tidak menerima pun borang ***** *****n Encik Amerrul. Apa yang saya terima hanyalah borang Pengisytiharan Harta dan borang tersebut telah pun diproses. Sewaktu saya menerima borang isytihar harta tersebut, tiada satu pun salinan borang t**** *****Encik Amerrul yang saya terima.
Saya kesal dengan apa yang terjadi,...mungkin ada berlaku sedikit kesilapan teknikal..tapi tiada siapa yang boleh disalahkan perkara telah terjadi.Saya mohon maaf jika ini kesalahan ini.Maka untuk kebaikan Encik Amerrul sendiri...mahu atau pun tidak Encik Amerrul terpaksa jua mengisi kembali borang ***** ***** tersebut....
Sekali kali lagi saya mohon maaf kerana terpaksa menyusahkan Encik Amerrul.
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
Suka hati je kata kesilapan teknikal....angguk ko! kamek mmg bengang gilak! plg geram bile bc tang ayat- ayat terakhir tu. mcm siul. Mula2 kamek mls nak reply...nak wat dowh je....tp pikir blk...kena ajar gak ni...last2 kamek reply & cc pada Pengarah, Pen Pengarah, etc....
Salam Sejahtera,
Untuk pengetahuan Cik, perkara ini amat dikesali dan ini bukalah masalah teknikal seperti yang dinyatakan. Ini merupakan kelalaian manusia itu sendiri. Saya tidak mahu menuding jari kepada sesiapa namun saya merayu kepada pihak Ibu Pejabat supaya perkara "TIDAK TERIMA" ini tidak berulang. Ini bukan lah kes pertama dan ia acapkali berlaku dan dialami oleh PTK Serian dimana laporan yang dihantar "BY HAND" tidak diterima oleh pihak Ibu Pejabat.
Oleh itu, saya tidak mahu memanjangkan perkara ini kerana tidak akan ada manusia yang akan mengaku kesilapannya. Saya akan mengisi semula borang tersebut dan akan dihantar ke Ibu Pejabat.
Apa yang ingin saya kemukakan di sini, agar pihak Ibu Pejabat dapat melihat semula proses penerimaan, merekod dan pengagihan dokumen yang dihantar agar lebih sistematik. Mungkin ada sesuatu kelemahan yang kita tidak sedari. Harap maklum.
Sekian,
Terima kasih.
Kesimpulannya mmg org yg dok HQ ni mmg sengal2...tul x?? kamek mls nak ambik port...lantak korang la...buat aku naik darah je.... yg penting smlm kamek dah isi satu set, minggu depan satu set lagi, 2 minggu depan satu set lagi....hahahahhahah.
p/s: malas nak layan dah.....

Salam... aku dengar pun bengang, rasa nak sepak jew bila diorang cakap mcm tu. Tu sebab selalu makan gaji buta, bila benda tu nak baru tergopoh-goph nak cari. Pemalas siot... "SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DUITAMAKAN" Bla lah...
ReplyDeletetau takpe cik awe jiwang, nasib baik la aku ni baik hati.....kalau tak dah lama kena sebijik dorang tu....hehe
ReplyDelete