Plot 1
“Kringggg….” loceng berbunyi menandakan waktu rehat berakhir.
Berpusu- pusu rakan- rakanku kembali ke tempat masing- masing sebelum Cikgu Rohana masuk.
Cikgu Rohana ni tegas orangnya, tetapi baik hati. Aku amat menyenangi cara Cikgu Rohana. Cuma sesetengah pelajar lain yang menganggap Cikgu Rohana garang.
Sekembali aku ke tempat duduk ku, aku terlihat sekeping nota di bawah meja.

*sekadar gambar hiasan.
“Call saya malam ni…” dari Amira.
Aku kebingungan, aku ada buat salah ke dengan Amira? Lantas aku menjeling Amira yang duduk di belakang, tetapi dia hanya tersenyum sinis sahaja. Tak faham la aku dengan perangai Amira ni.
Walaupun aku dan Amira berada dalam satu kelas, kami jarang bercakap mahupun bertentang mata. Aku pun tak tahu, mungkin cara Amira yang sedikit manja itu membuatkan aku tidak senang.
Pada waktu malam…
Aku bermonolog sendirian samada nak atau tidak menghubungi Amira. Ikutkan hati malas aku nak layan Amira ni.
Setelah berfikir seketika, aku memberanikan diri untuk menghubungi Amira. Lantas aku menuju ke pondok telefon dalam suasana yang gelap gelita. Aku tidak mahu menggunakan telefon rumah, takut ketahuan oleh Mama dan Daddy nanti.
![]()
*sekadar gambar hiasan
“Hello…boleh saya cakap dengan Amira,” aku memulakan bicara setelah panggilan ku berjawab.
“Mira bercakap, siapa ni?”
Entah mengapa aku agak gugup tatkala mendengar suara Amira yang agak manja.
“Mir ni, kenapa Mira suruh saya call ni? Saya ada buat salah ke?” aku menyusun kata- kata.
“Eh…tak lah, Mira saja je suruh Mir call….” tutur Amira
“Boleh tak Mira berkawan dengan Mir?” sambung Amira.
Nak berkawan rupanya, aku ingat apa kes la tadi. Buat suspen je!
“Berkawan? Saya tak ada masalah, kalau Mira sudi berkawan dengan saya, saya menerima dengan tangan yang terbuka.” aku menerima pelawaan Amira.
Setelah aku berbual- bual seketika dengan Amira, aku kembali semula ke rumah kerana jam di tangan sudah menunjukkan pukul 10.32 malam.
Sambil berjalan menuju ke rumah, minda ku masih memikirkan perbualan aku dengan Amira sebentar tadi. Aku dapat merasakan satu perasaan yang cukup aneh tatkala berbual dengan Amira. Entahlah perasaan apa…mungkin aku belum cukup matang untuk mentafsirkan perasaan ini. Atau inikah yang dinamakan cinta monyet?
Pada keesokkannya…
“Amboi…bergayut dengan Mira ye malam tadi!” Nurul Ain menyapa aku.
Macam mana Nurul Ain ni boleh tahu pula….lantak la, aku malas nak fikir. Aku hanya melemparkan senyuman kepada Nurul Ain.
Nurul Ain merupakan rakan baik Amira dan rakan sekelas ku yang paling kecoh, semua perkara dia ambil tahu. Sehinggakan pelajar- pelajar di sekolah ini menggelarkannya “Mami Jarum”.
Hari ini mood aku tak baik sangat, baru lepas bertengkar dengan budak- budak darjah 5 tadi. Geram aku dibuatnya, dah la datang lewat ke sekolah…buat perangai pulak. Sebab itu la aku malas nak terima tawaran untuk jadi pengawas sekolah hari tu. Buat pening kepala je. Tapi aku terpaksa terima sebab Cikgu Yazid merayu- rayu minta aku terima jawatan itu.
Tahun ini aku bakal menduduki peperiksaan UPSR, jadi kena la belajar bersungguh- sungguh untuk dapatkan keputusan terbaik.
Kini aku dan Amira berkawan baik dan kami sering mengulangkaji pelajaran bersama disamping Nurul Ain yang becok.

*sekadar gambar hiasan
Enam bulan selepas itu…
Hari ini keputusan UPSR keluar, aku amat berdebar sekali untuk mengambil keputusan peperiksaan tersebut.
Aku ditemani Daddy untuk mengambil keputusan UPSR di sekolah dan setelah sampai sahaja di sekolah, aku terus menuju ke dewan untuk bertemu dengan Cikgu Rohana.
Cikgu Rohana menghulurkan slip keputusan peperiksaan UPSR kepada ku….
Aku hanya mendapat 3A, 1B…aku sedikit hampa dengan keputusan tersebut. Mungkin ini sahaja rezeki ku yang sudah tertulis. Aku pasrah dengan keputusan itu.
Ketika aku melangkah keluar dari sekolah, aku bertembung dengan Amira, aku bertanyakan keputusan peperiksaan UPSR Amira.
“Mira dapat berapa A?” aku memulakan bicara.
“Mira dapat 4 A, Mir?” Amira menjawab.
“Saya dapat 3 A sahaja, tahniah pada Mira kerana dapat 4 A.” aku mengucapkan tahniah lalu meminta diri untuk pulang.
Itulah pertemuan terakhir aku dengan Amira setelah tamat sekolah rendah.
Dua bulan kemudian, aku mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di sebuah sekolah agama di Klang. Manakala perhubungan ku dan Amira tanpa sebarang perkhabaran.
Masing- masing membawa haluan sendiri.
bersambung....

Ler...
ReplyDeletecinta budak sekolah rendah....
hehehe...
ini cinta Hamster..bukan cinta monyet!
hahaha..
-cik su-
HUHUHU...Mcm ok jew, tapi kurang menarik...bahasa tu mcm bercampur, nak kata bahasa pasar pun ada gak, bahasa ganti diri pun ada, semua ada. Nie komen positif eak... tapi totally menarik ar. tingkatkan usaha anda...hahahahahaha
ReplyDelete