Hari minggu ni aku menghabiskan masa lapang ke Sunway Lagoon. Aku pergi seorang diri membawa bersama perasaan yang berkeceramuk. Sekurang- kurangnya aku dapat merehatkan minda sambil mencuci mata. Aku suka menyaksikan pelbagai ragam manusia yang kadang- kadang aku terhibur dengan gelagat mereka.
“Amir ke ni?” sapaan dari belakang.
Lantas aku palingkan muka untuk melihat siapakah gerangan wanita tersebut.
“Nik Fatimah! Lama nya tak jumpa kau. Eh, Fendi pun ada sekali! Buat apa kat sini?”
“Nak membajak sawah! Apa la kau ni, nak mandi manda la.”
“Hahaha..” aku ketawa girang.
Nik merupakan rakan sekuliah ku. Kami agak rapat semasa belajar dulu. Namun selepas tamat universiti, kami tidak berhubung lagi. Bukan apa, kekasih hatinya tu cemburu sangat. Sapa lagi…Fendi tu la.
Tapi aku tak sangka hubungan mereka berkekalan sampai ke hari ini. Walaupun Fendi tu seorang yang cemburu buta. Nik memang seorang yang penyabar. Kalau aku…dah lama angkat kaki. Bayangkan la, kami nak buat study group pun nak kena minta izin dari dia. Mamat ni memang poyo.
Setelah berborak- borak , aku minta diri dulu. Fendi dah jeling semacam dah. Aku pulak naik risau. Tak pasal- pasal ada adegan drama Tamil pulak kat entrance Sunway Lagoon ni.
Aku dan Fendi hampir- hampir bergaduh dulu sebab aku dan Nik keluar makan sama- sama. Aku pun tak faham perangai mamat ni. Aku dah anggap Nik macam kakak aku. Takkan la itu pun nak cemburu.
Apa- apa pun aku berasa amat segar sekali hari ini. Dah lama tak melepaskan tekanan macam ni. Maklumlah, aku kadang- kadang tension dengan tugasan pejabat, hubungan ku dengan Amira lagi. Sakit otak ini!
Tepat jam 2.30 petang aku bersiap untuk pulang. Hari dah mula panas dan ia membuatkan aku tak selesa.
Bila difikir- fikir semula, awal lagi pulak. Takan nak terus balik rumah. Aku buat keputusan nak singgah Sunway Pyramid sekejap.







Ramainya orang kat sini….
Aku lupa la, semalam dah mula Jualan Mega, patutlah berduyun- duyun orang datang. Ni kalau Mama tau, alamat bertambah riuh la Sunway Pyramid ni.
Aku sempat meninjau beberapa kedai dan membeli tiga helai baju kemeja dan sehelai seluar slack. Dah lama rasanya baju kerja tak berganti. Alang- alang dah depan mata, borong je la.
Setelah sampai di rumah…
“Eh, Amira pun ada kat sini. Ada apa- apa ke ni?” aku meminta kepastian sambil menjeling ke arah Mama.
Aku cukup risau andai Mama akan bercakap yang bukan- bukan mengenai perhubungan kami.
“Takda apa- apa. Mira saja singgah kat rumah ni. Mira call Mir dari pagi tadi, tapi tak berjawab. Risau Mira dibuatnya! Tu yang Mira singgah sini. Alih- alih aunty cakap yang Mir pergi Sunway Lagoon.” cerita Amira dengan panjang lebar.
“Ye ke, Amir off telefon dari pagi tadi. Ni pun lupa nak on balik. Sorry la.” Balas ku. Aku tak sangka Amira masih mengambil berat terhadap diriku.
Adakah itu tandanya yang Amira sayang padaku?
Aku tak bisa menjawab persoalan itu.
“Dari pagi tadi ke Amir pergi Sunway Lagoon?”
“Sampai pukul 2.30 je, lepas tu singgah Sunway Pyramid. Cari baju kemeja.”
“Kenapa tak bagi tahu Mama nak pergi Sunway Pyramid?” soal Mama yang seakan tidak berpuas hati.
“Mama ni pantang dengar nama shopping mall! Hahaha. Amir tak rancang pun Ma, singgah sekejap je. Lagipun ramai orang sangat. Lemas dibuatnya.”
“Aunty, Mira pulang dahulu. Dah nak senja ni.” suara Amira mematikan perbualan aku dan Mama.
“Awal lagi ni, jom la makan malam sekali kat sini.” pelawa Mama.
“Takpe la aunty, dah lewat ni. Lain kali Mira singgah rumah aunty lagi. Amira janji.” Amira cuba memujuk Mama ku.
Lantas Amira terus pulang ke rumah tanpa menikmati makan malam bersama- sama kami.
Sejurus selepas itu...
“Ma, Mama ada cakap apa- apa ke dengan Amira tadi?” soal ku.
“Cakap apa? Kami borak- borak kosong aje. Tak payah la kamu nak risau. Mama ni bukan suka sibuk hal orang- orang muda ini. Tak gitu?” Mama membalas.
“Hehe…kalau macam tu takpa. Risau Mir dibuatnya.”
“Dah la tu. Pergi mandi dulu, lepas tu kita makan bersama.”
“Baik bos!” lantas aku terus berlari menuju ke kamar ku.
Selesai mandi dan menunaikan solat Maghrib, aku terus menuju ke ruang makan. Mama dan Daddy sudah bersedia di sana.
“Sedapnya Mama masak malam ni. Ada tetamu nak datang ke?”
“Mana ada tetamu. Dah pi basuh tangan cepat, kita makan sekali.”
Enak sungguh dapat menikmati air tangan Mama, tiada siapa boleh menandingi kehebatan Mama memasak. Walaupun Chef Wan!
Masa sekolah menengah dulu sampai belajar kat Universiti, aku jarang dapat merasa kenikmatan masakan Mama. Maklumlah aku duduk di hostel masa belajar dulu. Bila dah habis belajar, aku buat keputusan nak tinggal dengan Mama dan Daddy. Sebab itu aku cari kerja dekat kawasan Petaling Jaya. Senang nak ulang alik.
Kalau boleh aku nak selalu meluangkan masa bersama Mama dan Daddy. Rasanya aku tak puas lagi nak bermanja- manja dengan mereka. Sementara mereka masih hidup, biarlah aku dapat menikmati hidup bersama dengan orang yang aku kasihi.
Walaupun kawan- kawanku menggelarkan aku ni anak mama, aku tak kisah pun. Yang penting aku bahagia.
bersambung....
p/s: setelah novel ini direhatkan kerana kesibukan ku sepanjang 2 minggu yg lepas...ditambah dengan laptop ku buat hal......corrupt! nasib baik aku jumpa novel ni dlm satu pen drive....huhu. so, aku buat entry ni awal takut lupa plak jumaat nnti...hihi..


No comments:
Post a Comment